Powered By Blogger

Jumaat, 23 Mei 2008

Festival Colour of Malaysia

Bermula 24 Mei 2008, putrajaya sekali lagi menjadi tumpuan pelancong apabila mengadakan satu festival sempena cuti sekolah iaitu Festival Colour of Malaysia. Banyak acara akan dihidangkan dalam festival kali ini. Daripada pertandingan sehinggalah ke gerai jualan serta hiburan dihidangkan kepada pelancong.
Diharap dengan adanya festival seperti ini dapat memeriahkan lagi suasana harmoni di Malaysia.

Khamis, 22 Mei 2008

Cuti Sekolah Telah Kembali


Bermula pada 23 Mei 2008 hingga 14 Jun 2008, cuti sekolah bagi pertengahan penggal bermula. Ini menandakan bahawa semua pelajar IPKT boleh balik ke pangkuan keluarga tersayang. Namun begitu, ada juga di kalangan mereka mengambil kesempatan ini untuk melangsungkan perkahwinan.

Bagi warga KSPK, cuti ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk bersama keluarga masing-masing. Namun, ada juga perancangan awal untuk mengadakan aktiviti mencadat sotong di pantai Marang.

Oleh yang demikian, diharap agar semua warga KSPK dapat menjaga diri serta keluarga dengan baik.

Rabu, 21 Mei 2008

Assigment oh Assigment!!!!


Tekanan kerja kursus yang diberikan sudah hampir tamat. Kebanyakan kerja kursus yang telah diberikan sudah hampir siap. Tinggal untuk di 'touch up' sebelum dihantar. Namun begitu, setelah lama meninggalkan medan pembelajaran, agak keberatan sedikit untuk memulakannya kembali.

Namun begitu, setelah bertungkus lumus menyesuaikan diri untuk belajar semula, sedikit demi sedikit semua 'kemalasan' itu terhakis. Diharap agar keadaan ini berkekalan sehingga akhir pengajian.

Kemampuan Teruji


Pada 15 Mei 2008 yang lalu, semua pelajar KSPK Pendidikan Jasmani seramai 9 orang telah mengikuti ujian renang yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Ujian itu telah diadakan di kolam renang MRSM Batu Rakit.

Ujian tersebut terdiri daripada 6 ketagori iaitu lungsuran, apungan, keyakinan di air, renang gaya bebas, renang kuak dada dan renang kuak lentang. Semua pelajar telah menjalani ujian tersebut dengan jayanya.

Walaupun tidak mendapat markah penuh, namun semua pelajar berpuas hati dengan markah yang diberikan.

Ahad, 18 Mei 2008

Kejuaraan Berpanjangan.


Pasukan Wanita China telah membuktikan penguasaan berpanjangan dengan menjuarai Piala Uber pada kali ini. Pasukan tersebut mudah menewaskan pasukan tuan rumah dengan mata 3-0.
Menurut jurulatih China, kem China telah menjangkakan akan kemenangan piala itu kali ini. Bagi peminat setia pasukan Indonesia, kekecewaan yang diberikan oleh skuad Piala Thomas mereka berpanjangan dengan kekalahan tersebut.
Bagi mereka, Istora Senayan bukan lagi mempunyai kuasa sakti seperti sebelum ini. Namun begitu, mereka berbangga dengan kejayaan yag dicipta pada kali ini.

Sabtu, 17 Mei 2008

Kedukaan Berpanjangan!

Setalah menunggu hampir 16 tahun untuk memenangi Piala Thomas, semalam telah menyaksikan tewasnya pasukan badminton Malaysia ke tangan pasukan China. Di manakah silapnya? Adakah pasukan badminton China handal atau pasukan badminton Malaysia lemah dari segi mental dan taktikal.
Jika diukur dari segi persembahan semalam, pasukan Malaysia boleh dikatakan seimbang dengan pasukan dari gergasi Asia itu. Namun, sikap segelintir pemain yang bermain sambil lewa dan tidak kuat mentalnya telah memusnahkan
impian seluruh rakyat Malaysia.
Oleh itu, tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan penyertaan Malaysia pada temasya kali ini. Adakah kit harus mengharap lagi Piala Thomas singgah ke Malaysia atau itu semua adalah angan-angan kosong sahaja.

Isnin, 12 Mei 2008

Bersukan, Demi Semangat Persahabatan.


Bersukan bukanla semata-mata riadah untuk menguatkan otot, menghindarkan penyakit, dan menigkatkan tahap minda. Perkara yang tersirat di sebalik riadah tersembunyi di dalam perubatan, sikap dan pemikiran. Sukan membuka jalan ke arah persahabatan tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit dan semapadan negara. Semangat yang dibina daripada kekuatan konsep bersukan itu membawa kepada pembinaan kekitaan dan negara bangsa yang satu dan kukuh.

Kesatuan dalam semangat kekitaan dapat dipupuk ketika menjulang kemenangan yang menaikkan nama bangsa dan negara. Bersukan memupuk semangat bersatu sesama bangsa. Kesatuan dan semangat inilah yang membina tembok pertahanan yang kuat dalam diri daripada sebarang serangan musuh, secara fizikal dan mental.

Jadikanlah aktiviti bersukan itu sebagai satu agendan di dalam diari hidup kita. Ada banyak penawar apabila kita bersukan, dari segi jasmani dan rohani....sekian.

Sabtu, 10 Mei 2008

Melangkah Maju Ke hadapan.




Sekali lagi Negeri Terengganu melangkah setapak ke hadapan pada hari ini (10/5/2008), dimana pembukaan staduim yang dianggarkan bernilai 450 juta akan dirasmikan oleh Y.T.M Duli Yang Maha Mulia Raja Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibn Al-Marhum Sulatan Mahmud Al-Mukhtaffi Billah Shah.
Perasmian ini menandaka satu lagi mercu tanda baru bagi rakyat negeri Terengganu selepas pembukaan Perkampungan Islam Masjid Kristal. Stadium ini dibina bertujuan bagi mengadakan Sukan Malaysia ( SUKMA ) yang akan berlangsung pada 31 Mei 2008 hingga 10 Jun 2008.
Selain itu, rakyat negeri juga telah lama menunggun pembinaan stadium yang baru kerana stadium yang lama ( Stadium Sultan Ismail Nashiruddin Shah ) telah terlalu uzur untuk diadakan acara sukan.
Oleh itu, semua rakyat Terengganu berbangga dan menantikan saat yang penuh debaran ini.

Isnin, 5 Mei 2008

HANGAT & SENSASI !!!!!!!

Benarkah masyarakat Melayu pada hari ini telah berpecah belah? Apakah kesan sekiranya pepecahan ini terus berlaku kepada generasi yang akan datang? Bagaimanakan senario pentadbiran negara Malaysia pada masa akan datang? Adakah kaum lain akan menerajui tampuk pemerintahan Malaysia?

Banyak pesoalan yang timbul sekarang. Masyarakat Malaysia pada masa kini telah berpecah belah disebabkan oleh banyaknya fahaman politik. Sampai bilakah perkara ini berlaku? Sekiranya berterusan, ia akan memberi impak yang besar pada bangsa itu sendiri. Lihatlah generasi sekarang, banyak disogokkan dengan fahaman @ 'style' kehidupan barat. Mereka leka dengan apa yang ada.

Bangulah wahai masyarakat Melayu. Kita perlulah menjadi tuan di negara sendiri dan bukannya menjadi hamba di negara sendiri. Kita perlu bersatu padu, demi mengembalikan ketuanan Melayu di tanah air sendiri.

Kepentingan Sains Dalam Kehidupan


Sains....Apakah itu sains. Mungkin kita tidak menghayati sepenuhnya apakah maknanya sains. Orang tua-tua dahulu berkata, apakah pentingnya sains pada diri kita? Ada sesetangah pendapat orang tua dahulu, sains adalah pembelajaran orang Inggeris. Mungkin pada masa itu, masyarakat Malaya tidak mengetahui kepentingannya pada masa sekarang.

Namun begitu, lihatlah sekarang betapa pentingnya sains dalam kehidupan manusia. Dari mula kehidupan kita sehinggalah kematian kita, sains amat diperlukan bahkan kitaran sains juag banyak membantu kita. Oleh itu, hayatilah sepenuhnya penggunaan sains dalam kehidupan. Sesungguhnya, dalam Islam juga mempelajari bidang sains untuk kesejahteraan kehidupan manusia