Powered By Blogger

Sabtu, 5 Disember 2015

Rindu.....

Aku berasa kerinduan yg meninggi,
Kerinduan yang tiada penghujungnya,
Kerinduan yang sentiasa menebal di dalam hati,

Hanya Yang Maha Esa sahaja yang ketahui kerinduanku ini,
Hanya Dia sahaja yang dapat memberi ketenangan tatkala aku merinduimu,
Hanya Dia sahaja yang sentiasa memberi kekuatan di kala ku merindu,

Ya Allah, aku amat merinduinya,
Yang berada berjauhan denganku,
Namun begitu, dia sentiasa ada dihatiku,
Senantiasa ada dikala malamku, siangku, mimpiku dan sedarku,

Sesungguhnya kerinduan ini akan sentiasa mekar dihatiku.

*Ya Allah, berilah ketenangan dan ketabahan hati padaku dalam mengharungi rinduku ini...