Powered By Blogger

Isnin, 9 Jun 2008

SUKMA XII Melabuh Tirai




Setelah hampir 10 hari para atlet dari seluruh negara berkampung di Terengganu, kini tibalah masanya Sukan Malaysia ( SUKMA ) akan melabuh tirainya. Dengan pungutan pingat yang terkini masih lagi didahului oleh negeri Terengganu dan diikuti oleh Selangor di tempat yang ke-2 dan Sarawak yang ke-3. Tujuan SUKMA diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa.


Selaku tuan rumah, Terengganu tidak mensesiakan peluang berjuan di halaman sendiri untuk mengapai juara keseluruhan kali ini. Kecemerlangan pasukan Terengganu terbukti dengan kesungguhan atlet mengutip 59 pingat emas, meninggalkan pasukan lain di belakang.


Oleh itu, SUKMA kali ini membawa angin perubahan yang besar dengan banyaknya rekod kebangsaan dileburkan. SUKMA akan datang akan menjanjikan saingan yang lebih sengit pada atlet yang bertanding. Negeri-negeri yang bertanding sudah mula mencongak stategi baru untuk SUKMA yang akan datang.


SIDIMAN mengucapkan Selamat Jalan kepada semua atlet. Diharap kehadiran ke Terengganu dapat mengamit seribu keindahan memori seketika.