Powered By Blogger

Sabtu, 5 Disember 2015

Rindu.....

Aku berasa kerinduan yg meninggi,
Kerinduan yang tiada penghujungnya,
Kerinduan yang sentiasa menebal di dalam hati,

Hanya Yang Maha Esa sahaja yang ketahui kerinduanku ini,
Hanya Dia sahaja yang dapat memberi ketenangan tatkala aku merinduimu,
Hanya Dia sahaja yang sentiasa memberi kekuatan di kala ku merindu,

Ya Allah, aku amat merinduinya,
Yang berada berjauhan denganku,
Namun begitu, dia sentiasa ada dihatiku,
Senantiasa ada dikala malamku, siangku, mimpiku dan sedarku,

Sesungguhnya kerinduan ini akan sentiasa mekar dihatiku.

*Ya Allah, berilah ketenangan dan ketabahan hati padaku dalam mengharungi rinduku ini...

Ahad, 22 November 2015

Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkanmu
Namun masih keliru teringat masa lalu

Tetap tiada ku lupakan
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
Membawa khabar rindu

Tapi sulit ku teruskan
Engkau jauh ke hadapan
Aku tabah berjalan sembunyikan harapan

Mana harus ku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Separuh nyawamu dihati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentukannya

Mana harus ku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Mana harus ku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang
Hilang
* Semoga ku terus tabah harungi setiap hari dengan kenangan yg pernah terukir bersamamu. Hanya Allah yang tahu perasaan dan apa yang ada dalam hatiku.

Khamis, 12 November 2015

Cendol yang pernah ku biasa makan di Kuantan...
Membawa seribu cerita tentang cendol ini...

Cendol Kacang @ Aida's Restoran...
Depan Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan...

12 November 2015...
Ku ke sini lagi...
Banyak kenangan yg tertinggal di sini...
Ya Allah, berikanlah ku kekuatan dan keredhaanMu utk ku harungi kehidupanku ini dengan tenang...
Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang

Rabu, 19 Ogos 2015

Lama benar ku tidak coretkan sesuatu di laman blogku ini. Hampir 5 Tahun rasanya. Kini ku cuba kembali untuk coretkan sesuatu. Bagiku, inilah tempat yang sesuai untuk ku luahkan sesuatu yang terpendah sejak akhir-akhir ini. In Shaa Allah, ku harap ianya dapat membantu diriku dalam melalui kehidupan yang penuh sederhana.....