Powered By Blogger

Rabu, 4 November 2009

Musim Tengkujuh..

Sejak akhir-akhir ini, hujan semakin mencurah-curah. Mungkin ini adalah petanda musim tengkujuh semakin hampir menjengah bagi negeri-negeri di Terengganu, Pahang dan Kelantan. Mungkin anak-anak kecil suka akan air hujan, tapi tidak bagi nelayan yang akan 'pencen sementara' dalam mencari rezeki yang halal. Apapun, ada pro dan kontra dalam musim tengkujuh ini. Kita perlu bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepada kita oleh Illahi....Amin.

Isnin, 7 September 2009

Nuzul Al-Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Isnin, 24 Ogos 2009

Warna-Warna Ramadhan







Inilah keunikan Bulan Ramadhan kepada umat Islam. Di mana sahaja kita berada, kita akan bersama membuka selera.

Sabtu, 22 Ogos 2009

Solat Terawih


Tibanya bulan Ramadhan, umat Islam di seluruh dunia tidak akan ketinggalan untuk menunaikan ibadat sunat yang dapat memberi banyak pahala. Solat Terawih sememangnya dinanti-nantikkan oleh mereka yang ingin mencari pahala yang berlipat kali ganda. Kita boleh lihat, semua masjid dan surau, penuh dengan jemaah yang mengerjakan solat tersebut. Memang ceria pabila melihat suasana ini.
Namun begitu, apakan yang akan berlaku dipengakhiran bulan Ramadhan. Adakan suasana masjid dan surau akan sama seperti permulaan Ramadhan atau menjadi seperti sebelumnya.

Puasa Datang Lagi


Bulan Ramadhan menjelma kembali. Setiap kali menjelmanya bulan Ramadhan, banyak perkara yang kita akan lakukan. Biasanya, awal-awal puasa ini orang ramai akan berduyun-duyun ke bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka. Agaknya, belanja pada bulan puasa lebih boros jika nak dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain. Apa tidaknya, nafsu selera makan mudah mengatasi segala-galanya. Lihat sahaja menu di bazar, semuanya ingin dibeli. Tidak kurang juga bagi yang bersederhana. Ini berlaku bukannya kekurangan kantung pendapatan, namun ingin mencari lebih keredhaan. Namun begitu, bulan ramadhanlah bulan seribu rahmat bagi umat Islam. Kepada mereka yang banyak mengerjakan amal, maka dilipat gandakan pahala di sisi Allah. Semua pintu Syurga akan dibuka, manakala pintu-pintu neraka akan ditutup. Jadi, muhasabbahlah diri kita di bulan yang mulia ini, agar kita mendapat setiap apa yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepeda kita.

Selasa, 11 Ogos 2009

Rahsia Kebahagiaan Rumahtangga


Kebahagiaan, memang senang diceritakan. Namun hakikatnya, hanya Allah saja yang tahu, sama ada kita bahagia ataupun tidak. Sebenarnya kebahagiaan rumahtangga terletaknya pada hati nurani setiap insan yang menanggap pasangannya adalah peneman hidup. Keikhlasan hati perlu ada dahulu dalam diri, selepas itu barulah ada rasa cinta pada pasangan kita. Walaupun kita berumahtangga dengan hanya berlandaskan cinta selepas kahwin, ianya akan tetap kekal sekiranya niat dan keikhlasan dalam hati telah kita semaikan. Perkahwinan bukanlah semata-mata pada SEKS sahaja. Ianya melibatkan banyak hal yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Namun begitu, bertikam lidah dalam rumahtangga adalah lumrah dan asam garam dalam berumahtangga. Kita akan kenal akan sifat semulajadinya bila berlakunya sesuatu perbalahan. Kita juga akan mengetahui akan apa yang tidak disukai oleh pasangan kita. tapi AWAS! sekiranya kedua-duanya tidak mahu mengalah, akan ada akibat yang lebih buruk. Jadi seboleh-bolehnya, elakkanlah daripada bercerai. Walaupun cerai itu halal di sisi Allah dan agama Islam, namun ianya tidak disukai oleh Allah.
Jadi kerukunan rumahtangga yang berlandaskan Islam adalah sebaik-baiknya. Agar keberkatan dan keredhaan rumahtangga akan hadir bersama-sama dengan kebahagiaan berkekalan. Permuafakatan dalam rumahtangga penting, agar tiada hati yang akan terluka.....

Isnin, 3 Ogos 2009

Suratan atau Kebetulan.

Sesungguhnya sesuatu yang berlaku, ada penyebabnya. Sesuatu ketentuan itu, datangnya dari yang Azali. Kita sebagai umat manusia, perlu akur dengan ketentuanNya. Pertemuan, perpisahan adalah sesuatu lumrah dalam kehidupan. Walaupun kita dihadapkan dengan pelbagai pilihan, namun setiap pilihan yang kita lakukan tidak semestinya tepat. Akurlah kita pada yang Maha kuasa kerana Dialah pencipta kita.
Sesuatu yang bermula, akan ada pengakhiranya. Semua yang ada dalam dunia ini, tidak kekal selamanya. Redhalah dengan apa yang kita ada. Sesungguhnya, sesuatu yang baik datang daripadaNya.

Ahad, 19 Julai 2009

Indahnya Cinta Sejati.


Sesungguhnya, sesuatu keagungan Allah yang telah diberikan kepada anak-anak Adam adalah cinta dalam dirinya masing-masing. Namun, kadang kala terdapat juga anak-anak Adam telah menyalahertikan apa itu maksudnya CINTA. Kata pujangga, cinta itu indah. Kata orang buta, cinta itu buta. Kata budak sekolah, cinta itu monyet. Namun hakikatnya, Cinta pada Allah adalah cinta yang sejati. Cinta yang ada pada muka bumi Tuhan ini adalah sementara. Tetapi hakikatnya tidak dapat dinafikan bahawa, cinta sesama manusia adalah lahir dari hati. Sukar untuk dimengertikan apa itu cinta. Mungkin sesetengah manusia menganggap cinta itu indah, tapi ada sesetangahnya menganggap cinta itu pendusta. Tepuk dada tanyalah diri. Apa pun jua yang berlaku, cinta dari hati yang tulus ikhlas tidak perlu dipaksa. Ianya akan terbentuk sendiri secara baik. Dari benih, akan tumbuhnya bunga. Dari bunga akan jadilah buahnya. Buah cinta yang ranum, akan menjadi lambang kebahagian kepada setiap insan yang kenal apa itu maksudnya cinta.
Cinta juga ibarat api, yang boleh membakar diri sendiri. Bewaspadalah dengan cinta, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Sebagai umat manusia yang diarahkan menjadi khalifah di muka bumi ini, sesungguhnya hayatilah erti kecintaan sesama manusia.

Isnin, 13 Julai 2009

Mencari Sinar Kebahagian

Bahagia, sesuatu yang sememangnya senang diungkapkan dengan lidah dan gigi. Hakikatnya kebahagian itu suatu yang sukar untuk dikecapi. Dari segi nahu dan intonasinya, ianya agak sedap didengar. Bagaimanakah kita ingin mengecap kebahagian, sekiranya tiada jiwa yang tenang dalam diri sendiri. Bahagia di dunia tidak semestinya bahagia di akhirat. Ianya bergantung pada niat seseorang dalam membentuk kebahagiaan dalam diri masing-masing. Hakikatnya, sukar untuk diterjemahkan bagi perkataan bahagia.
Kadang kala kita dapat melihat situasi di sekeliling kita. Mungkin kita jangkakan seseorang itu bahagia, namun hakikat tersebut adalh sebaliknya. Dalam konteks agama, kebahagian boleh dicari dengan melakukan interaksi yang berkesan dalam pelbagai hala. Tidak kiralah sama ada dengan manusia, binatang & alam semulajadi.
Namun begitu, tidakkah kita terfikir, bahagiakah kita? Adakah perkara yang kita lakukan boleh membahagiakan diri kita dan orang lain. Kita fikirlah & muhassahlah diri sendiri.

Isnin, 29 Jun 2009

Perginya Raja Pop Dunia.


Micheal Jackson tidak asing lagi dengan dunia muzik. Impaknya terlalu besar dalam menwujudkan muzik pop di kalangan masyarakat dunia. dan kini, lagenda itu hanya tinggal kenangan kerana disahkan meninggal dunia selepas menjalani latihan tarian bersempena konsertnya di London kelak. Apa yang pasti, ia telah meninggalkan seribu kenangan dalam lipatan sejarah industri muzik dunia. Ramai yang bersedih dengan kehilangannya. Apa tidaknya, revolusi yang dibawa dalam arus muzikal pop telah menjadi kegilaan anak muda pada awal 80-an. Sudah ditakdirkan bahawa semua manusia yang hidup akan mati. Namun hakikatnya, pemergiannya sukar dicari ganti.
Seluruh dunia telah meratapi kehilangannya. Ada yang sanggup berasak-asak untuk membeli kompilasi albumnya yang terdahulu untuk dijadikan kenangan abadi dan tidak kurangnya menampal poster arti kesayangannya itu.
Apapun yang berlaku, Micheal Jackson akan menjadi lagenda sepanjang hayat di kalngan peminatnya.

Rabu, 17 Jun 2009

Alam Semulajadi Semakin Terancam

Alam Semulajadi, anugerah Allah kepada manusia dan sarwajagat. Kita sebagai manusia yang ditugaskan sebagai khalifah Allah perlulah memanipulasikan alam semulajadi secara 'Total' supaya ianya akan mendapat dimanafaatkan sebaik mungkin. Perlu diingat, kita hanya meminjam alam sarwajagat ini hanya sementara sahaja. Semamangnya manusia & haiwan tidak dapat dipisahkan dengan alam sejagat. Semuanya saling memerlukan antara satu sama lain. Oleh yang demikian, kita perlulah menjaga alam semulajadi kita dengan sebaik-baiknya. Bukan untuk kita sahaja, namun untuk generasi akan datang.

Isnin, 18 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU

Hari Guru datang lagi....Seperti Tahun2 yang sudah, ianya disambut dengan sederhana oleh rakyat Malaysia...Cuma para guru sahaja yang mengerti bahawa hari tersebut adalah hari penghargaan bagi golongan pengajar yang sentiasa berpenat jerih mambanting tenaga dan doa untuk kejayaan pelajarnya....Hanya beberapa kerat sahaja yang menghargai pengorbanan seorang guru yang telah mengajarnya...Walaupun,insan tersebut lebih berjaya daripada gurunya...Tanpa guru, siapalah seseorang insan yang bergelar manusia....Sebagai insan yang kamil, kita perlulah menghargai segala pengorbanan guru walaupun guru tersebut garang pada kita namun jauh di sudut hatinya, menginginkan kejayaan yang lebih cemerlang untuk anak didiknya...SELAMAT HARI GURU kepada semua guru di Malaysia...Pengorbananmu semua amat dihargai dan dikenang.

Sabtu, 18 April 2009

Sahabat Sejati

Sahabat Sejati. Sukar untuk ditakrifkan dalam erti kata yang sebenar. Kadang kala, sahabat sejatilah yang suka makan kawan. Sahabat Sejatilah yang suka tikam dari belakang. Sekarang, dunia dah nak terbalik. Musuh jadi kawan dan kawan boleh bertukar menjadi musuh. Kita manusia tidak boleh menilai sejauh mana hati manusia. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana hati seseorang. Namun, kita sebagai hambanya janganlah menafsir sesuka hati nilai hati Sahabat Sejati kita. Kita perlu jujur dalam persahabatan, agar tafsiran Sahabat Sejati tidak akan disalahertikan

Jumaat, 9 Januari 2009

Palestin Bermandikan Darah

Kasihanilah Palestin. Penduduk yang tidak berdosa, dijadikan mangsa kerakusan Isreal Laknatullah. Banyak yang telah terkorban. Namun, sifat belas kasihan Amerika yang diketuai oleh Bush dan sekutunya masih tidak berperikemanusiaan. Sedih bila mengenangkan nasib penduduk Palestin. Apakah kuasa kita sebagai penduduk dunia yang fana ini untuk menentang keganasan dan kerakusan Israel? Berkuasakah lagi PBB yang yang hanya cakap-cakap belakang, seperti 'Lempar Batu sembunyi Tangan'. Apakah negara-negara yang mempunyai kuasa seperti China dan Russia hanya berdiam sahaja?
Kemanakan perginya umat Islam di dunia Allah ini? Tidakkah mereka hanya menunjukkan sifat belas ehsan sahaja kepada penduduk di saa, sedangkan setiap hari ada sahaja rakan seumat yang terkorban.
Ayuh semua umat manusia di dunia, kita bersatu menentang keganasan. hulurkanlah sedikit bantuan yang terdaya untuk meringankan bebanan rakyat Palestin. Semoga Allah merahmati roh-roh mereka yang telah pergi. Amin....

Khamis, 8 Januari 2009

Kuala Terengganu yang semakin hangat.


Tinggal beberapa hari saja lagi, Kuala Terengganu sekali lagi akan menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia kerana berlangsungnya pilihanraya kecil P36. Ape yang pasti, plilihanraya kali ini akan menjadi medan menguji sejauh mana sokongan penduduk Kuala Terengganu meilih calon yang sesuai bagi mereka...
Bila diamat dengan teliti, sokongan penduduk Kuala Terengganu rata-rata menyokong kerajaan Barisan Nasional...Namun begitu, ape yang pasti pada hari mengundi, hanya Allah saja yang tahu..Kita sama-sama berdoa agar semoga pilihanraya kali ini dapat dijalankan dengan lancar tanpa ada sebarang gangguan....

Selasa, 6 Januari 2009

Sesi Persekolahan Kembali lagi.

Sekolah oh Sekolah....sesi persekolahan bagi sesi 2009 telah bermula. di negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah, sesi persekolahan bermula pada 4 Januari 2009 manakal bagi sekolah sekolah yang selebihnya memulakan sesinya pada 5 Januari 2009. Banyak gelagat yang dapat diperhatikan dipersekitaran sekolah. Bermula dengan gelagat murid-murid Tahun 1 yang masih mentah dengan sehinggalah ke gelagat ibu bapa yang seperti ingin bersekolah semula.
Namun begitu, semua ini adalah asam garam setiap bermulanya sesi persekolahan. Semua guru diucapkan selamat menjalankan tanggungjawab yang diamanatkan. Semoga anak didik kita menjadi generasi kepada bangsa yang maju dan mulia.