Powered By Blogger

Jumaat, 9 Januari 2009

Palestin Bermandikan Darah

Kasihanilah Palestin. Penduduk yang tidak berdosa, dijadikan mangsa kerakusan Isreal Laknatullah. Banyak yang telah terkorban. Namun, sifat belas kasihan Amerika yang diketuai oleh Bush dan sekutunya masih tidak berperikemanusiaan. Sedih bila mengenangkan nasib penduduk Palestin. Apakah kuasa kita sebagai penduduk dunia yang fana ini untuk menentang keganasan dan kerakusan Israel? Berkuasakah lagi PBB yang yang hanya cakap-cakap belakang, seperti 'Lempar Batu sembunyi Tangan'. Apakah negara-negara yang mempunyai kuasa seperti China dan Russia hanya berdiam sahaja?
Kemanakan perginya umat Islam di dunia Allah ini? Tidakkah mereka hanya menunjukkan sifat belas ehsan sahaja kepada penduduk di saa, sedangkan setiap hari ada sahaja rakan seumat yang terkorban.
Ayuh semua umat manusia di dunia, kita bersatu menentang keganasan. hulurkanlah sedikit bantuan yang terdaya untuk meringankan bebanan rakyat Palestin. Semoga Allah merahmati roh-roh mereka yang telah pergi. Amin....

2 ulasan:

sarahrusly berkata...

Keep It Up! The latest news,& informative blog! There are a lot of news from arabic newspapers online.. U can get information there.

Kak Sarah Rusly
jqaf cohort 2008
Ins perguruan Bahasa Antarabangsa (IPBA) kl.

Irfan Naufal berkata...

i berminat untuk kongsi cerita atau apa2 kemahiran dengan u. agar kita dapat jadi sahabat yang baik