Powered By Blogger

Selasa, 29 April 2008

Rasuah Oh Rasuah.....!!!


Rasuah..Siapa yang tidak tahu maksud rasuah. Dalam agama islam sendiri mengharamkan kita mngambil rasuah. Ini kerana ia akan menutup peluang atau pendapatan orang lain. Kini apa yang hangat diperkatakan di Malaysia ialah isu rasuah dalam bola sepak.

Di mana silapnya bola sepak kita? Adakah dari segi pentadbiranya atau sikap pemain yang tidak cukup dengan pendapatan yang ada. Rata-rata peminta bola sepak di Malaysia amat kecewa dengan mutu yang dipersembahkan dalam sukan bola sepak. Ramai yang menanggap, bola sepak di Malaysia tidak dapat menjamin kehidupan yang lebih baik.

Tidak perlulah kita menyalahkan peminat yang menagung-agungkan liga di luar negara. Merak tidak salah, malah mereka lebih mengetahui dan arif tentang bila sepak. Apa yang mereka mahukan adalah melihat pasukan Malaysia bermain di Piala Dunia.

Kini rasuah dalam bola sepak telah menular kembali. Ini akan menyebabkan Pertubuhan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akan menggantung Liga Malaysia. Di harap mana-mana pihak perlulah menangani masalah ini. Siapa yang rugi jika bola sepak kita digantung??????

Pertukaran Guru...

Sekarang ini, semua guru di seluruh Malaysia sedang sibuk mengisi borang pertukaran secara online di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia. Ramai guru yang ingin bertukar ke negeri masing-masing. Meskipun pelbagai alasan yang dikemukakan, namun begitu kouta yang ditetapkan adalah terhad. Ini menyebabkna ramai guru yang akan kecewa sekiranya tidak dapat ditukarkan

Mengikut pendapat guru-guru tersebut, mereka lebih bersemangat untuk mengajar di negeri sendiri. Ini adalah kerana mereka ingin menbur bakti pada tempat di mana mereka pernah menimba ilmu dahulu.

Oleh yang demikian, guru-guru tersebut berharap agar mereka dapat ditukarkan ke negeri pilihan mereka agar mereka dapat meneruskan perjuangan dalam memertabatkan agenda pendidikan di Malaysia.

Isnin, 28 April 2008

Kejayaan gemilang...

Pada 20 April 2008 yang lalu, pasukan KSPK PJ yang diketui oleh W. Mohd Khairi telah mencipta kejutan besar dalam arena bola sepak IPKT kerana telah menjuarai kejohanan 7 sebelah tertutup IPKT. Pada peringkat kumpulan, pasukan KSPK hanya tewas sekali dalam laluan ke peringkat akhir.
Pada peringkat akhir, Pasukan KSPK PJ telah menewaskan pasukan Che Maimun(Papret PJ) dengan jaringan 3-2. Dalam aksi dramatik dan mendebarkan, pasukan Che Maimun telah mendahuli dengan jaringan 2-0. Namun begitu, dengan berbekalkan pengalaman yang luas serta komitmen pasukan yang tidak pernah putus asa, Pasukan KSPK dapat menyamai kedudukan 2-2. Berbaki 5 minit sebelum perlawanan tamat, pasukan KSPK PJ dapat mendahului perlawanan.
Pertahanan KSPK PJ dapat menyerap tekanan sehinggalah ke wisel pernamat. Kejayaan ini adalah lebih manis kerana, rata-rata pemain pasukan KSPK PJ berumur lingkungan 30 tahun ke atas dana dapat menewaskan pasukan yang majoritinya berumur 25 tahun ke bawah.

Ahad, 20 April 2008

Lagu Top Masa Kini.

Ketahuan..

Dari awal aku tak pernah
percaya kata-katamu
Kerana ku hanya melihat
Semua dari parasmu
Terakhir kau bilang padaku
Kau takkan pernah selingkuh
Tetapi ternyata dirimu
Bermain di belakangku

C/o
Saatku melihatmu kau sedang bermesraan
Dengan seorang yang ku kenal
Oh..oh kamu ketahuan (2x )
Pacaran lagi dengan dirinya teman baikku
Tapi tak mengapaAku tak heran kerna dirimu
Cinta sesaatku..

Nyanyian : Kumpulan Matta

Percubaan Pertama.....

Ini adalah blog pertama saya....sekiranya ada bahan yang boleh dikongsi bersama, bolehlah menghantar email ke irfanaufal@gmail.com. Selamat melayari blog saya...