Powered By Blogger

Isnin, 28 April 2008

Kejayaan gemilang...

Pada 20 April 2008 yang lalu, pasukan KSPK PJ yang diketui oleh W. Mohd Khairi telah mencipta kejutan besar dalam arena bola sepak IPKT kerana telah menjuarai kejohanan 7 sebelah tertutup IPKT. Pada peringkat kumpulan, pasukan KSPK hanya tewas sekali dalam laluan ke peringkat akhir.
Pada peringkat akhir, Pasukan KSPK PJ telah menewaskan pasukan Che Maimun(Papret PJ) dengan jaringan 3-2. Dalam aksi dramatik dan mendebarkan, pasukan Che Maimun telah mendahuli dengan jaringan 2-0. Namun begitu, dengan berbekalkan pengalaman yang luas serta komitmen pasukan yang tidak pernah putus asa, Pasukan KSPK dapat menyamai kedudukan 2-2. Berbaki 5 minit sebelum perlawanan tamat, pasukan KSPK PJ dapat mendahului perlawanan.
Pertahanan KSPK PJ dapat menyerap tekanan sehinggalah ke wisel pernamat. Kejayaan ini adalah lebih manis kerana, rata-rata pemain pasukan KSPK PJ berumur lingkungan 30 tahun ke atas dana dapat menewaskan pasukan yang majoritinya berumur 25 tahun ke bawah.

Tiada ulasan: