Powered By Blogger

Selasa, 29 April 2008

Pertukaran Guru...

Sekarang ini, semua guru di seluruh Malaysia sedang sibuk mengisi borang pertukaran secara online di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia. Ramai guru yang ingin bertukar ke negeri masing-masing. Meskipun pelbagai alasan yang dikemukakan, namun begitu kouta yang ditetapkan adalah terhad. Ini menyebabkna ramai guru yang akan kecewa sekiranya tidak dapat ditukarkan

Mengikut pendapat guru-guru tersebut, mereka lebih bersemangat untuk mengajar di negeri sendiri. Ini adalah kerana mereka ingin menbur bakti pada tempat di mana mereka pernah menimba ilmu dahulu.

Oleh yang demikian, guru-guru tersebut berharap agar mereka dapat ditukarkan ke negeri pilihan mereka agar mereka dapat meneruskan perjuangan dalam memertabatkan agenda pendidikan di Malaysia.

Tiada ulasan: