Powered By Blogger

Ahad, 19 Julai 2009

Indahnya Cinta Sejati.


Sesungguhnya, sesuatu keagungan Allah yang telah diberikan kepada anak-anak Adam adalah cinta dalam dirinya masing-masing. Namun, kadang kala terdapat juga anak-anak Adam telah menyalahertikan apa itu maksudnya CINTA. Kata pujangga, cinta itu indah. Kata orang buta, cinta itu buta. Kata budak sekolah, cinta itu monyet. Namun hakikatnya, Cinta pada Allah adalah cinta yang sejati. Cinta yang ada pada muka bumi Tuhan ini adalah sementara. Tetapi hakikatnya tidak dapat dinafikan bahawa, cinta sesama manusia adalah lahir dari hati. Sukar untuk dimengertikan apa itu cinta. Mungkin sesetengah manusia menganggap cinta itu indah, tapi ada sesetangahnya menganggap cinta itu pendusta. Tepuk dada tanyalah diri. Apa pun jua yang berlaku, cinta dari hati yang tulus ikhlas tidak perlu dipaksa. Ianya akan terbentuk sendiri secara baik. Dari benih, akan tumbuhnya bunga. Dari bunga akan jadilah buahnya. Buah cinta yang ranum, akan menjadi lambang kebahagian kepada setiap insan yang kenal apa itu maksudnya cinta.
Cinta juga ibarat api, yang boleh membakar diri sendiri. Bewaspadalah dengan cinta, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Sebagai umat manusia yang diarahkan menjadi khalifah di muka bumi ini, sesungguhnya hayatilah erti kecintaan sesama manusia.

Isnin, 13 Julai 2009

Mencari Sinar Kebahagian

Bahagia, sesuatu yang sememangnya senang diungkapkan dengan lidah dan gigi. Hakikatnya kebahagian itu suatu yang sukar untuk dikecapi. Dari segi nahu dan intonasinya, ianya agak sedap didengar. Bagaimanakah kita ingin mengecap kebahagian, sekiranya tiada jiwa yang tenang dalam diri sendiri. Bahagia di dunia tidak semestinya bahagia di akhirat. Ianya bergantung pada niat seseorang dalam membentuk kebahagiaan dalam diri masing-masing. Hakikatnya, sukar untuk diterjemahkan bagi perkataan bahagia.
Kadang kala kita dapat melihat situasi di sekeliling kita. Mungkin kita jangkakan seseorang itu bahagia, namun hakikat tersebut adalh sebaliknya. Dalam konteks agama, kebahagian boleh dicari dengan melakukan interaksi yang berkesan dalam pelbagai hala. Tidak kiralah sama ada dengan manusia, binatang & alam semulajadi.
Namun begitu, tidakkah kita terfikir, bahagiakah kita? Adakah perkara yang kita lakukan boleh membahagiakan diri kita dan orang lain. Kita fikirlah & muhassahlah diri sendiri.