Powered By Blogger

Ahad, 19 Julai 2009

Indahnya Cinta Sejati.


Sesungguhnya, sesuatu keagungan Allah yang telah diberikan kepada anak-anak Adam adalah cinta dalam dirinya masing-masing. Namun, kadang kala terdapat juga anak-anak Adam telah menyalahertikan apa itu maksudnya CINTA. Kata pujangga, cinta itu indah. Kata orang buta, cinta itu buta. Kata budak sekolah, cinta itu monyet. Namun hakikatnya, Cinta pada Allah adalah cinta yang sejati. Cinta yang ada pada muka bumi Tuhan ini adalah sementara. Tetapi hakikatnya tidak dapat dinafikan bahawa, cinta sesama manusia adalah lahir dari hati. Sukar untuk dimengertikan apa itu cinta. Mungkin sesetengah manusia menganggap cinta itu indah, tapi ada sesetangahnya menganggap cinta itu pendusta. Tepuk dada tanyalah diri. Apa pun jua yang berlaku, cinta dari hati yang tulus ikhlas tidak perlu dipaksa. Ianya akan terbentuk sendiri secara baik. Dari benih, akan tumbuhnya bunga. Dari bunga akan jadilah buahnya. Buah cinta yang ranum, akan menjadi lambang kebahagian kepada setiap insan yang kenal apa itu maksudnya cinta.
Cinta juga ibarat api, yang boleh membakar diri sendiri. Bewaspadalah dengan cinta, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Sebagai umat manusia yang diarahkan menjadi khalifah di muka bumi ini, sesungguhnya hayatilah erti kecintaan sesama manusia.

Tiada ulasan: