Powered By Blogger

Selasa, 11 Ogos 2009

Rahsia Kebahagiaan Rumahtangga


Kebahagiaan, memang senang diceritakan. Namun hakikatnya, hanya Allah saja yang tahu, sama ada kita bahagia ataupun tidak. Sebenarnya kebahagiaan rumahtangga terletaknya pada hati nurani setiap insan yang menanggap pasangannya adalah peneman hidup. Keikhlasan hati perlu ada dahulu dalam diri, selepas itu barulah ada rasa cinta pada pasangan kita. Walaupun kita berumahtangga dengan hanya berlandaskan cinta selepas kahwin, ianya akan tetap kekal sekiranya niat dan keikhlasan dalam hati telah kita semaikan. Perkahwinan bukanlah semata-mata pada SEKS sahaja. Ianya melibatkan banyak hal yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Namun begitu, bertikam lidah dalam rumahtangga adalah lumrah dan asam garam dalam berumahtangga. Kita akan kenal akan sifat semulajadinya bila berlakunya sesuatu perbalahan. Kita juga akan mengetahui akan apa yang tidak disukai oleh pasangan kita. tapi AWAS! sekiranya kedua-duanya tidak mahu mengalah, akan ada akibat yang lebih buruk. Jadi seboleh-bolehnya, elakkanlah daripada bercerai. Walaupun cerai itu halal di sisi Allah dan agama Islam, namun ianya tidak disukai oleh Allah.
Jadi kerukunan rumahtangga yang berlandaskan Islam adalah sebaik-baiknya. Agar keberkatan dan keredhaan rumahtangga akan hadir bersama-sama dengan kebahagiaan berkekalan. Permuafakatan dalam rumahtangga penting, agar tiada hati yang akan terluka.....

Tiada ulasan: