Powered By Blogger

Sabtu, 22 Ogos 2009

Puasa Datang Lagi


Bulan Ramadhan menjelma kembali. Setiap kali menjelmanya bulan Ramadhan, banyak perkara yang kita akan lakukan. Biasanya, awal-awal puasa ini orang ramai akan berduyun-duyun ke bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka. Agaknya, belanja pada bulan puasa lebih boros jika nak dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain. Apa tidaknya, nafsu selera makan mudah mengatasi segala-galanya. Lihat sahaja menu di bazar, semuanya ingin dibeli. Tidak kurang juga bagi yang bersederhana. Ini berlaku bukannya kekurangan kantung pendapatan, namun ingin mencari lebih keredhaan. Namun begitu, bulan ramadhanlah bulan seribu rahmat bagi umat Islam. Kepada mereka yang banyak mengerjakan amal, maka dilipat gandakan pahala di sisi Allah. Semua pintu Syurga akan dibuka, manakala pintu-pintu neraka akan ditutup. Jadi, muhasabbahlah diri kita di bulan yang mulia ini, agar kita mendapat setiap apa yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepeda kita.

Tiada ulasan: