Powered By Blogger

Khamis, 22 Julai 2010

Permata Untuk Isteri.

Lirik lagu ini ku dedikasikan untuk isteriku yang tercinta. Segala pengorbananmu akan ku ingati sehingga akhir hayatku. Terima kasih segalanya.

Permata (Untuk Isteri Ku)

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Khamis, 11 Februari 2010

Happy Birthday....My Wife.

Hari ini (11/2/2010) adalah hari yang bermakna bagi kami sekeluarga. Hari ini salah seorang daripada ahli keluarga menyambut hari ulangtahunnya yang ke 28. seorang isteri yang penyanyang dan kasih kepada anak2. Sentiasa sanggup berkorban kepada keluarga walaupun dalam kepenatan...SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE 28 PADA ISTERIKU TERCINTA. Saya dan anak2 memerlukan dirimu sehingga akhir hayat..

Rabu, 4 November 2009

Musim Tengkujuh..

Sejak akhir-akhir ini, hujan semakin mencurah-curah. Mungkin ini adalah petanda musim tengkujuh semakin hampir menjengah bagi negeri-negeri di Terengganu, Pahang dan Kelantan. Mungkin anak-anak kecil suka akan air hujan, tapi tidak bagi nelayan yang akan 'pencen sementara' dalam mencari rezeki yang halal. Apapun, ada pro dan kontra dalam musim tengkujuh ini. Kita perlu bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepada kita oleh Illahi....Amin.

Isnin, 7 September 2009

Nuzul Al-Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)