Isnin, 2 Ogos 2010
Sakitnye...
Hari ini, 27 Ogos 2010 adalah hari yang sedikit malang buat aku. Ape taknya, bahagian dahiku yang berhampiran dengn bulu kening pecah rabak disebabkan berlaga semasa main bola. Ketika berlaku, darah seperti air paip yang keluar bercucuran. Hanya Allah saja yang tahu. 6 jahitan yang perlu dialakukan untuk menutup luka tersebut. Namun, tu kali yang ke-2 aku pecah dibahagian tersebut. Tahun 2004 dulu pun dah kena, tapi kali ini panjang skit luka tu. Apapun, aku x kan serik untuk main bola lagi. Kerna tu adalah minatku sejak daei kecil lagi
Khamis, 22 Julai 2010
Permata Untuk Isteri.
Lirik lagu ini ku dedikasikan untuk isteriku yang tercinta. Segala pengorbananmu akan ku ingati sehingga akhir hayatku. Terima kasih segalanya.
Permata (Untuk Isteri Ku)
Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku
Khamis, 11 Februari 2010
Happy Birthday....My Wife.
Hari ini (11/2/2010) adalah hari yang bermakna bagi kami sekeluarga. Hari ini salah seorang daripada ahli keluarga menyambut hari ulangtahunnya yang ke 28. seorang isteri yang penyanyang dan kasih kepada anak2. Sentiasa sanggup berkorban kepada keluarga walaupun dalam kepenatan...SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE 28 PADA ISTERIKU TERCINTA. Saya dan anak2 memerlukan dirimu sehingga akhir hayat..
Rabu, 4 November 2009
Musim Tengkujuh..
Sejak akhir-akhir ini, hujan semakin mencurah-curah. Mungkin ini adalah petanda musim tengkujuh semakin hampir menjengah bagi negeri-negeri di Terengganu, Pahang dan Kelantan. Mungkin anak-anak kecil suka akan air hujan, tapi tidak bagi nelayan yang akan 'pencen sementara' dalam mencari rezeki yang halal. Apapun, ada pro dan kontra dalam musim tengkujuh ini. Kita perlu bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepada kita oleh Illahi....Amin.
Langgan:
Catatan (Atom)
