Kasihanilah Palestin. Penduduk yang tidak berdosa, dijadikan mangsa kerakusan Isreal Laknatullah. Banyak yang telah terkorban. Namun, sifat belas kasihan Amerika yang diketuai oleh Bush dan sekutunya masih tidak berperikemanusiaan. Sedih bila mengenangkan nasib penduduk Palestin. Apakah kuasa kita sebagai penduduk dunia yang fana ini untuk menentang keganasan dan kerakusan Israel? Berkuasakah lagi PBB yang yang hanya cakap-cakap belakang, seperti 'Lempar Batu sembunyi Tangan'. Apakah negara-negara yang mempunyai kuasa seperti China dan Russia hanya berdiam sahaja?
Kemanakan perginya umat Islam di dunia Allah ini? Tidakkah mereka hanya menunjukkan sifat belas ehsan sahaja kepada penduduk di saa, sedangkan setiap hari ada sahaja rakan seumat yang terkorban.
Ayuh semua umat manusia di dunia, kita bersatu menentang keganasan. hulurkanlah sedikit bantuan yang terdaya untuk meringankan bebanan rakyat Palestin. Semoga Allah merahmati roh-roh mereka yang telah pergi. Amin....
Jumaat, 9 Januari 2009
Khamis, 8 Januari 2009
Kuala Terengganu yang semakin hangat.
Tinggal beberapa hari saja lagi, Kuala Terengganu sekali lagi akan menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia kerana berlangsungnya pilihanraya kecil P36. Ape yang pasti, plilihanraya kali ini akan menjadi medan menguji sejauh mana sokongan penduduk Kuala Terengganu meilih calon yang sesuai bagi mereka...
Bila diamat dengan teliti, sokongan penduduk Kuala Terengganu rata-rata menyokong kerajaan Barisan Nasional...Namun begitu, ape yang pasti pada hari mengundi, hanya Allah saja yang tahu..Kita sama-sama berdoa agar semoga pilihanraya kali ini dapat dijalankan dengan lancar tanpa ada sebarang gangguan....
Selasa, 6 Januari 2009
Sesi Persekolahan Kembali lagi.
Sekolah oh Sekolah....sesi persekolahan bagi sesi 2009 telah bermula. di negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah, sesi persekolahan bermula pada 4 Januari 2009 manakal bagi sekolah sekolah yang selebihnya memulakan sesinya pada 5 Januari 2009. Banyak gelagat yang dapat diperhatikan dipersekitaran sekolah. Bermula dengan gelagat murid-murid Tahun 1 yang masih mentah dengan sehinggalah ke gelagat ibu bapa yang seperti ingin bersekolah semula.
Namun begitu, semua ini adalah asam garam setiap bermulanya sesi persekolahan. Semua guru diucapkan selamat menjalankan tanggungjawab yang diamanatkan. Semoga anak didik kita menjadi generasi kepada bangsa yang maju dan mulia.
Namun begitu, semua ini adalah asam garam setiap bermulanya sesi persekolahan. Semua guru diucapkan selamat menjalankan tanggungjawab yang diamanatkan. Semoga anak didik kita menjadi generasi kepada bangsa yang maju dan mulia.
Isnin, 9 Jun 2008
SUKMA XII Melabuh Tirai

Setelah hampir 10 hari para atlet dari seluruh negara berkampung di Terengganu, kini tibalah masanya Sukan Malaysia ( SUKMA ) akan melabuh tirainya. Dengan pungutan pingat yang terkini masih lagi didahului oleh negeri Terengganu dan diikuti oleh Selangor di tempat yang ke-2 dan Sarawak yang ke-3. Tujuan SUKMA diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa.
Selaku tuan rumah, Terengganu tidak mensesiakan peluang berjuan di halaman sendiri untuk mengapai juara keseluruhan kali ini. Kecemerlangan pasukan Terengganu terbukti dengan kesungguhan atlet mengutip 59 pingat emas, meninggalkan pasukan lain di belakang.
Oleh itu, SUKMA kali ini membawa angin perubahan yang besar dengan banyaknya rekod kebangsaan dileburkan. SUKMA akan datang akan menjanjikan saingan yang lebih sengit pada atlet yang bertanding. Negeri-negeri yang bertanding sudah mula mencongak stategi baru untuk SUKMA yang akan datang.SIDIMAN mengucapkan Selamat Jalan kepada semua atlet. Diharap kehadiran ke Terengganu dapat mengamit seribu keindahan memori seketika.
Langgan:
Catatan (Atom)
