Powered By Blogger

Ahad, 19 Julai 2009

Indahnya Cinta Sejati.


Sesungguhnya, sesuatu keagungan Allah yang telah diberikan kepada anak-anak Adam adalah cinta dalam dirinya masing-masing. Namun, kadang kala terdapat juga anak-anak Adam telah menyalahertikan apa itu maksudnya CINTA. Kata pujangga, cinta itu indah. Kata orang buta, cinta itu buta. Kata budak sekolah, cinta itu monyet. Namun hakikatnya, Cinta pada Allah adalah cinta yang sejati. Cinta yang ada pada muka bumi Tuhan ini adalah sementara. Tetapi hakikatnya tidak dapat dinafikan bahawa, cinta sesama manusia adalah lahir dari hati. Sukar untuk dimengertikan apa itu cinta. Mungkin sesetengah manusia menganggap cinta itu indah, tapi ada sesetangahnya menganggap cinta itu pendusta. Tepuk dada tanyalah diri. Apa pun jua yang berlaku, cinta dari hati yang tulus ikhlas tidak perlu dipaksa. Ianya akan terbentuk sendiri secara baik. Dari benih, akan tumbuhnya bunga. Dari bunga akan jadilah buahnya. Buah cinta yang ranum, akan menjadi lambang kebahagian kepada setiap insan yang kenal apa itu maksudnya cinta.
Cinta juga ibarat api, yang boleh membakar diri sendiri. Bewaspadalah dengan cinta, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Sebagai umat manusia yang diarahkan menjadi khalifah di muka bumi ini, sesungguhnya hayatilah erti kecintaan sesama manusia.

Isnin, 13 Julai 2009

Mencari Sinar Kebahagian

Bahagia, sesuatu yang sememangnya senang diungkapkan dengan lidah dan gigi. Hakikatnya kebahagian itu suatu yang sukar untuk dikecapi. Dari segi nahu dan intonasinya, ianya agak sedap didengar. Bagaimanakah kita ingin mengecap kebahagian, sekiranya tiada jiwa yang tenang dalam diri sendiri. Bahagia di dunia tidak semestinya bahagia di akhirat. Ianya bergantung pada niat seseorang dalam membentuk kebahagiaan dalam diri masing-masing. Hakikatnya, sukar untuk diterjemahkan bagi perkataan bahagia.
Kadang kala kita dapat melihat situasi di sekeliling kita. Mungkin kita jangkakan seseorang itu bahagia, namun hakikat tersebut adalh sebaliknya. Dalam konteks agama, kebahagian boleh dicari dengan melakukan interaksi yang berkesan dalam pelbagai hala. Tidak kiralah sama ada dengan manusia, binatang & alam semulajadi.
Namun begitu, tidakkah kita terfikir, bahagiakah kita? Adakah perkara yang kita lakukan boleh membahagiakan diri kita dan orang lain. Kita fikirlah & muhassahlah diri sendiri.

Isnin, 29 Jun 2009

Perginya Raja Pop Dunia.


Micheal Jackson tidak asing lagi dengan dunia muzik. Impaknya terlalu besar dalam menwujudkan muzik pop di kalangan masyarakat dunia. dan kini, lagenda itu hanya tinggal kenangan kerana disahkan meninggal dunia selepas menjalani latihan tarian bersempena konsertnya di London kelak. Apa yang pasti, ia telah meninggalkan seribu kenangan dalam lipatan sejarah industri muzik dunia. Ramai yang bersedih dengan kehilangannya. Apa tidaknya, revolusi yang dibawa dalam arus muzikal pop telah menjadi kegilaan anak muda pada awal 80-an. Sudah ditakdirkan bahawa semua manusia yang hidup akan mati. Namun hakikatnya, pemergiannya sukar dicari ganti.
Seluruh dunia telah meratapi kehilangannya. Ada yang sanggup berasak-asak untuk membeli kompilasi albumnya yang terdahulu untuk dijadikan kenangan abadi dan tidak kurangnya menampal poster arti kesayangannya itu.
Apapun yang berlaku, Micheal Jackson akan menjadi lagenda sepanjang hayat di kalngan peminatnya.

Rabu, 17 Jun 2009

Alam Semulajadi Semakin Terancam

Alam Semulajadi, anugerah Allah kepada manusia dan sarwajagat. Kita sebagai manusia yang ditugaskan sebagai khalifah Allah perlulah memanipulasikan alam semulajadi secara 'Total' supaya ianya akan mendapat dimanafaatkan sebaik mungkin. Perlu diingat, kita hanya meminjam alam sarwajagat ini hanya sementara sahaja. Semamangnya manusia & haiwan tidak dapat dipisahkan dengan alam sejagat. Semuanya saling memerlukan antara satu sama lain. Oleh yang demikian, kita perlulah menjaga alam semulajadi kita dengan sebaik-baiknya. Bukan untuk kita sahaja, namun untuk generasi akan datang.