Powered By Blogger

Isnin, 7 September 2009

Nuzul Al-Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Isnin, 24 Ogos 2009

Warna-Warna Ramadhan







Inilah keunikan Bulan Ramadhan kepada umat Islam. Di mana sahaja kita berada, kita akan bersama membuka selera.

Sabtu, 22 Ogos 2009

Solat Terawih


Tibanya bulan Ramadhan, umat Islam di seluruh dunia tidak akan ketinggalan untuk menunaikan ibadat sunat yang dapat memberi banyak pahala. Solat Terawih sememangnya dinanti-nantikkan oleh mereka yang ingin mencari pahala yang berlipat kali ganda. Kita boleh lihat, semua masjid dan surau, penuh dengan jemaah yang mengerjakan solat tersebut. Memang ceria pabila melihat suasana ini.
Namun begitu, apakan yang akan berlaku dipengakhiran bulan Ramadhan. Adakan suasana masjid dan surau akan sama seperti permulaan Ramadhan atau menjadi seperti sebelumnya.

Puasa Datang Lagi


Bulan Ramadhan menjelma kembali. Setiap kali menjelmanya bulan Ramadhan, banyak perkara yang kita akan lakukan. Biasanya, awal-awal puasa ini orang ramai akan berduyun-duyun ke bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka. Agaknya, belanja pada bulan puasa lebih boros jika nak dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain. Apa tidaknya, nafsu selera makan mudah mengatasi segala-galanya. Lihat sahaja menu di bazar, semuanya ingin dibeli. Tidak kurang juga bagi yang bersederhana. Ini berlaku bukannya kekurangan kantung pendapatan, namun ingin mencari lebih keredhaan. Namun begitu, bulan ramadhanlah bulan seribu rahmat bagi umat Islam. Kepada mereka yang banyak mengerjakan amal, maka dilipat gandakan pahala di sisi Allah. Semua pintu Syurga akan dibuka, manakala pintu-pintu neraka akan ditutup. Jadi, muhasabbahlah diri kita di bulan yang mulia ini, agar kita mendapat setiap apa yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepeda kita.